Sunday, November 2, 2008

Suasana Solat Jenazah di Taman Emas

Ini lah suasana solat Jenazah di Taman Emas Dengkil. Solat ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana ketiadaan Surau di taman ini. Jenazah seorang muslimah yang disembahyangkan di atas sebatang jalan di taman ini.

Pastinya suasana ini tidak kita ingini berlaku keatas diri kita, adik beradik @ saudara seagama yang lain. Di atas rasa tanggungjawab kami penduduk di sini dan Jawatansurau yang di bentuk ini kini berusaha kelas untuk mengumpul dana bagi membina sebuah Surau di Taman ini. iatu (Surau Al-Jabbar)

Kami mengajak seluruh ummat Muhammad yang ingin melabur untuk saham akhirat agar sama-sama menyumbang ke tabung pembinaan surau ini. Sumbangan saudra sekalian pastinya akan mengakhiri peristiwa sedih yang kami alami di taman ini.

Buat masa ini semua kelulusan dari JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang sudah memberi surat kelulusan untuk membina surau tersebut. Kami bagi penduduk di Taman ini memohon agar sudilah kiranya memberi sumbangan dan derma ikhlas bagi membina Surau ini.


Semoga sumbangan yang di berikan itu akan dikira oleh ALlah sebagai amalan kebaikan yang berkekalan dan menjadi saham akhirat semasa kita berada di alam kubur nanti.... Insya Allah Amin Ya Rab Bal Alamin.

3 comments:

Anonymous said...

Semoga zaman kita nanti akan disolatkan di dalam surau hasil titik peluh kita bersama. Insyaallah.

Anonymous said...

Sama-samalah kita doakan dan usahakan semoga Surau Al-Jabbar ini akan dibina dgn secepat mungkin.

Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:-Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Anonymous said...

di seru semoga sama2 kita derma untuk pembinaan surau ini.