Tuesday, October 12, 2010

Khairat Kematian RM24 setahun

Kepada penduduk Taman Emas yang di rahmati Allah sekalian...

Sambutan kepada khairat kematian bagi Penduduk Taman Emas amat kurang menggalakkan...
Ramai penduduk dan penghuni tidak membayar khairat kematian.

Di pohon kepada sesiapa yang belum menjelaskan khairat kematian hendaklah di jelaskan kepada Us Salman imam surau atau kepada En Azani Jalan 3.

Untuk keterangan lanjut bolehlah berhubung dgn mereka berkenaan di Surau Al-Jabbar selepas solat 5 waktu terutama pada waktu maghrib atau insyak. Kalau hari minggu pada zohor dan asar.

Sekian Terima kasih.

RENUNGAN BERSAMADaripada Aisyah r.a bahawa ada seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w " Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara mengejut dan aku mengagak sekiranya ia boleh bercakap tentu dia akan bersedekah, adakah ibuku akan mendapat pahala jikalau aku bersedekah untuknya?" Lalu baginda menjawab " Ya" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

No comments: