Bersedekah adalah salah satu amalan sunat yang disarankan oleh agama Islam. Dengan bersedekah ini, ia mampu untuk memperkukuhkan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam yang lain. Ruang lingkup sedekah itu tidak menghadkan kepada golongan tertentu sahaja, bahkan ‘quantiti’ yang hendak disedekahkan sama ada berbentuk ‘material’ atau ‘non-material’ dan tanpa mengira status kehidupan individu berkenaan.
Oleh itu Allah subhanahu wata'ala ada menekankan, adalah penting bagi mereka yang berharta untuk menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan dan berhijrah di jalan Allah seperti yang dipaparkan dalam surah an-Nuur : Ayat 22.Yang Bermaksud :
"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Sebagai umat Islam yang bersaudara adalah wajar menghulurkan sedekah sesama saudaranya yang lain dan perlunya dibendung sifat bakhil yang merupakan salah satu sifat mazmunah yang boleh menghakis dan membinasakan keimanan individu Islam.Sebagaimana firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah at-Taghaabun ayat 16:-Yang bermaksud:
"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaran-Nya) serta taatlah (akan perintah-perintah-Nya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."
Sekiranya dalam diri orang-orang Islam terdapat sifat bakhil ini, haruslah dihakis dan dijauhi agar tidak menguasi jiwa kita untuk membuat kebajikan dan haruslah ia bermujahadat melawan nafsu dan membiasakan amalan sedekah. Apabila timbul sifat bakhil ini, segeralah kita bersedekah untuk mendapat keredaan Allah subhanahu wata'ala jua.
Semoga menjadi panduan untuk kita semua
No comments:
Post a Comment