Thursday, January 29, 2009

Laporan Mesyuarat Masjid Pekan Dengkil

Berikut adalah laporan Mesyurat Masjid Pekan Dengkil pada 29-1-2009
  1. pada 12-2-2009 Mesyuarat Pemilihan dan Pencalonan bagi  AJK Pentadbir Masjid bagi tahun 2009 antaranya:-
  • Pencalonan jawatan Nazir masjid baru
  • Pencalonan jawatan Imam seramai 3 orang 
  • Pencalonan jawatan Bilal 
  • Pencalonan jawatan Siak
  • Pencalonan jawatan AJK bagi tahun 2009
* Adalah di pohon kepada penduduk Taman Emas supaya mencalonkan calon masing2 untuk jawatan tersebut. Tarikh tutup pencalonan ialah 3 hari selepas dari Tarikh Mesyuarat.

2.  Kutipan Khairat Kematian tarikh tutup akhir bulan Februari 2009. Khairat. Bayaran ialah sebanyak RM25 sahaja. Penting untuk para waris. Apabila berlaku KEMATIAN pihak masjid akan memberi SUMBANGAN DAN MENGURUS JENAZAH BERKENAAN. 

3. Pihak Masjid Dengkil bersetuju satu Tabung Kutipan Derma Pembinaan Surau Al-Jabbar di letakkan di Masjid selama 4 minggu. Satu tabung perlu di sediakan segera.

4. Kain Rentang atau Banner akan di letak di kawasan Masjid dan Taman Emas mengenai Tabung Kutipan Derma Pembinaan Surau Al-Jabbar PERLU DI BUAT SEGERA.

Ucapan Terima Kasih juga kepada En Majid kerana menghadiri Mesyurat di Masjid Semalam. Semoga usaha dan sumbangan yang diberikan akan di kira sebagai ibadat oleh Allah s.w.t

Sekian Terima Kasih

4 comments:

Anonymous said...

Kena Meeting ni!!!!!!

Anonymous said...

Banner bina nak buat nie...Minta Nazri Reza bincang wording dia...apa nak tulis kat Banner tu...nak letak kat masjid nie..

Mohd Faizal said...

Assalamualaikum.

Boleh saya tanya siapa Nazir Masjid Pekan Dengkil sekarang dan bagaimana saya boleh menghubungi beliau?

Anonymous said...

Nazir Masjid US Solehuddin...no telefon tak de la....dia bekas guru besar sekolah dulu...