Sunday, January 18, 2009

Pemaju menderma untuk binaan Surau RM10 RIBU

Penderma yang budiman..
Kepada hamba allah yang dimuliakan Allah...semoga sihat di samping keluarga. Di sini saya nak bagi tahu Pemaju perumahan Taman Emas telah menderma untuk pembinaan Surau Al-Jabbar RM 10,000.00.

Ini semua hasil usaha daripada semua pihak khususnya kepada Pengerusi Taman Emas iatu En Baharuddin yang bersusah payah berurusan dengan pemaju. Semoga usaha beliau di kira sebagai amal soleh.

Kepada sesiapa lagi yang ingin menderma kami semua amat alu-alukan. Terima Kasih
Nama Surau : Surau Al-Jabbar
No Akaun Bank Islam : 16018010012688
(Atas nama Akaun Surau Al-Jabbar)

RENUNGAN BERSAMA
Daripada Aisyah r.a bahawa ada seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w " Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara mengejut dan aku mengagak sekiranya ia boleh bercakap tentu dia akan bersedekah, adakah ibuku akan mendapat pahala jikalau aku bersedekah untuknya?" Lalu baginda menjawab " Ya" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

2 comments:

Anonymous said...

Semoga Julie dan Albert mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah. Insyaallah.

Anonymous said...

Mudah-mudahan..... insya Allah....kita ummat islam kena pamirkan akhlak yang lebih baik agar golongan non muslim lebih berminat untuk mendekati islam dan seterusnya memeluk agama islam.

-from penyelia