Sunday, June 28, 2009

Kem Motivasi Anjuran Surau Al-Jabbar di Dewan Serbaguna Dengkil

Antara aktiviti yang terkini pada 28 Jun 2009 telah di anjurkan oleh Surau ini ialah Kem Motivasi pelajar. Seramai 58 orang peserta yang menyertai yang terdiri dari kalangan pelajar Sek Men Dengkil dan Sekolah Rendah Dengkil dan wakil-wakil pelajar yang berhampiran dengan pekan Dengkil.

Program ini di taja oleh beberapa orang hamba Allah. Semoga Allah memberkati mereka yang menjayakan Program ini...

Insya Allah Apabila Surau ini siap antara aktiviti yang kami rancang ialah:
1- kem solat remaja
2- kem solat dewasa
3- klinik fatihah remaja/ dewasa
4- kelas quran remaja/ dewasa
5- Kuliah subuh
6- kuliah mingguan
7- kuliah bulanan
8- kelas fardu ain dewasa
9- kelas fardu ain kanak-kanak/remaja
10- Kem doa Qunut dan Tahiyat
11- Kelas Tadarus
12- kelas Tajwid remaja/ dewasa
12- Kelas Hadis/ tafsir
13- dll

Insya Allah semoga program yang di rancang ini berjalan dan diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. Kita merancang tetapi Allah juga merancang. Sebaik-baik perancangan hanyalah di sisi Allah.


Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 23-24
23-Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
24-Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "insyaa'llah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku kejalan pertunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

2 comments:

Admin PPTED said...

actually yang menyumbang tu ramai bukan seorang sahaja. harap diperbetulkan

Anonymous said...

maaf syeikh silap tulis tu...tq