Sunday, June 28, 2009

Kerja Tapak sudah bermula...


Memasang cerucuk 13 point. 1 point 60 kaki kos RM8 RIBU

Pada hari sabtu 27 Jun 2009 kerja-kerja pembinaan surau sudah bermula . Antara kerja yang dijalankan ialah memasang cerucuk besi sedalam 60 kaki. Sebanyak 13 point telah dibuat. Kami telah mewakafkan point tersebut dengan harga RM 200.00 shj. Untuk makluman semua semua point telah habis di wakafkan. Semoga mereka yang mengambil bahagian dalam wakaf tersebut akan di beri ganjaran oleh Allah s.w.t dan menjadi saham di akhirat nanti.
Tabung Surau kami...
Nama Surau : Surau Al-Jabbar
No Akaun Bank Islam : 16018010012688
(Atas nama Akaun Surau Al-Jabbar)

RENUNGAN BERSAMA
Daripada Aisyah r.a bahawa ada seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w " Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara mengejut dan aku mengagak sekiranya ia boleh bercakap tentu dia akan bersedekah, adakah ibuku akan mendapat pahala jikalau aku bersedekah untuknya?" Lalu baginda menjawab " Ya" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

2 comments:

Reza said...

Bermula juga akhirnya pembinaan masjid kita...sama-samalah kita berdoa agar pembinaannya berjalan lancar tanpa kekangan...insyaallah.

Anonymous said...

Insya Allah segala usaha yang baik akan di berkati oleh allah..banyak pahala bagi sesiapa yang berusaha dalam pembinaan surau ini....