Tuesday, June 30, 2009

Berita Terkini: P.A sistem & Karpet

Penderma yang budiman..
Kepada hamba allah yang dimuliakan Allah.


Untuk makluman tuan/ puan semua hari ini saya mendapat berita baik dari Ustaz Zulfan mengenai seorang hamba Allah akan menderma kepada Surau kita sebuah P.A sistem dan Karpet apabila surau ini siap di bina nanti.

Semoga apa yang dibelanjakan itu mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t. dan semoga Allah memberikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat kepada hamba Allah yang sudi menderma pada Surau ini dan kepada sesiapa sahaja yang berusaha dalam menjayakan Pembinaan Surau ini. Samada yang terlibat secara langsung ada tidak.

Harap maklum

RENUNGAN BERSAMA
Daripada Aisyah r.a bahawa ada seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w " Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara mengejut dan aku mengagak sekiranya ia boleh bercakap tentu dia akan bersedekah, adakah ibuku akan mendapat pahala jikalau aku bersedekah untuknya?" Lalu baginda menjawab " Ya" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

2 comments:

Anonymous said...

Salam, saya ingin menderma pintu sliding kaca (3 pintu) jika diperlukan. Saya tinggal di Desa Sentosa, Teras Jernang, Bangi. Sila telefon saya di 019-2210297 jika berminat.

Umurina said...

Insya Allah kita akan hubungi tuan dalam masa terdekat. Terima kasih atas sumbangan tuan. Semoga allah akan membalas jasa baik tuan.
-Dari Pengerusi Surau